Saturday, October 27, 2012

sentiasa ingat ni

the more I live
the more I am afraid
to facing tomorrow
should be better than before
always

0052hrs.12zulhijjah1433h.homesweethome

Thursday, October 18, 2012

menulis semula

kita sekarang ni hidup dalam satu komuniti yang sering tak puas hati.

sama ada kita tak puas hati kenapa orang tu boleh naik pangkat, kenapa orang ni boleh beli motor beso, kenapa mamat tu main masuk je lane tengah tak bagi signal, kenapa dia cun sangat, kenapa mereka hebat, hatta kalau orang tu baik dengan orang lain pun kita tetap tak puas hati. ni semua sebahagian je dari 1001 (mungkin lebih lagi) sebab musabab yang menyebabkan kita sering tak puas hati.

yup, itu hak masing-masing untuk berasa macam tu. ye la kan, dah nama pun demokrasi. sape nak halang. tapi sampai bila. dah itu ini tak puas hati, habis tu bila hati tu nak dipuaskan betul-betul.

bukan senang nak dapatkan kepuasan hati tu. tapi tak susah untuk ada rasa bersyukur dalam diri. mungkin kita takkan dapat apa yang orang lain dapat, atau mungkin lambat sikit. everything happens for a reason dan setiap yang berlaku ada pro dan kontranya.

kalau nak juga ketakpuasan hati tu, lantak. tapi kena dengan caranya. "orang tu dapat lebih, cis, tensen aku, fine aku buat lagi best dari dia". kan lagi molek camtu dari dok hingaq pong pang pong pang itu tak betul ini tak betul.

well, banyak lagi menda nak dipikirkan, banyak lagi mende yang boleh dicapai. kita dok tak puas hati sangat dengan dunia ni, rasa-rasanya kita puas hati tak dengan segala yang kita buat selama ni. dok kejar sangat nama, pangkat, harta dan sebagainya, kenapa taknak kejar sekali redha Dia ?

dunia sementara, akhirat selama-lama. berjaya biarlah pada keduanya sekali eh.

(pesan ni bukan untuk korang sebenarnya, tapi pada aku yang selalu sangat lupa diri) ^___^

adios.amigos.asparagos
lama dah tak mengarang, eheh


Monday, October 15, 2012

me ^___^


tak perlu jadi mat jenin yang angannya tinggi
tak perlu jadi pak kaduk yang senang terlupa diri
tak perlu jadi lebai malang yang mudah dipengaruhi

i am not try to be different
i am just trying to be me

0214hrs.30zulkaedah1433hijrah.homesweethome

Friday, October 12, 2012

cari cari carilah


pencarian ini,
ibarat memancing di lautan luas,
persiapannya harus lengkap,
umpannya harus sesuai,
tekniknya harus betul,
kurang bahan; kurang sedia,
salah umpan; tak kena,
silap teknik; melepas
selebihnya terpulang kepada nasib
dan rezeki masing-masing

(insyaAllah, masanya pasti tiba juga nanti ^___^)

0154hrs.27zulkaedah1433hijrah.homesweethome