Wednesday, January 12, 2011

sebuah melankolik

melodi indah
menjadi lagu
irama syahdu
menyulam gundah
mengharap cerah
mengganti sayu
sambil perindu
tercari arah

original posted:
homesweethome 2254hrs 120110


satu lagi percubaan
memetik kata-kata dari Saidina Umar Al-Khattab,
"tidak akan kau berperasaan gundah walau sekali jika kau tahu apa yang dicari"

Wednesday, January 5, 2011

bicara tentang cinta (part III)

Salam

Minggu lepas aku telah menghabiskan 2 hari untuk meng'download' satu filem Indonesia (walaupun agak hangat dengan pertemuan Malaysia :: Indonesia di final Piala AFF Suzuki, eh? ada kena mengena ke?) hahaha. Satu filem tapi 2 part, bila dimuatturun ada 7 part setiap satu, bermakna ada 14 part kesemuanya (gile, baik gi beli DVD original je). Dan aku habiskan sehari untuk nonton kedua-duanya walaupun tengah bertugas. Layan ooo hohoho.

Orait. Ia adalah kisah yang diangkat dari antara novel yang dikhabarkan terlaris di Indonesia, Malaysia bahkan seantero Asia Tenggara mungkin. Seperti yang diuar-uarkan, ia adalah novel pembangun jiwa, sekaligus menjadi filem pembangun jiwa juga. Kisah mengenai hidup, mengenai cinta, mengenai jodoh.

Ia kisah tentang bagaimana seseorang itu mencari cintanya yang sejati,kekasihnya yang halal, temannya sepanjang hayat. Mungkin bagi kita di sini, lebih senang untuk bercinta sejak di bangku sekolah, di perpustakaan universiti, di restoran sebelah opis. Tapi pernah terfikirkah kita yang jodoh kita tu mungkin kita tak pernah kenal pun. Dia mungkin hadir hanya sejenak tapi Wallahualam, dia mungkin teman sejati yang telah Sang Pencipta janjikan untuk kita.

Kita mungkin punya banyak pilihan di depan mata, tapi kuasa Tuhan menentukan. Mungkin dalam 10 pilihan yang terhidang, sentiasa saja ada penghalang untuk mendapatkan 9 yang awal, tapi satu yang terakhir insyaAllah telah Dia janjikan untuk kita, seperti yang telah tertulis di Loh Mahfuz.

Bukan nak berkata, kita tak payah susah-susah nak cari. InsyaAllah kita akan bertemu juga dengan yang satu tadi. Tapi jika kita tak mencari, kita takkan tahu adakah dia sudah hadir dalam hidup kita, adakah dia benar-benar terbaik untuk kita, adakah kita sudah siap untuk ke daerah yang satu lagi.

Inilah antara beberapa kesimpulan yang aku buat berdasarkan filem tersebut. Kalau salah tolong tunjukkan, saya budak masih belajar. Sekali lagi, ia bukan hanya berkisar tentang cinta kita terhadap bakal kekasih halal kita, tapi cinta kita kepada keluarga, cinta kita kepada kawan-kawan, cinta kita kepada asal-usul kita, cinta kita kepada ilmu dan paling penting cinta kita kepadaNya juga Junjungan Mulia.

Opp terlupa, tajuk filemnya Ketika Cinta Bertasbih dan Ketika Cinta Bertasbih 2. Sama je dengan tajuk novelnya. Karya novelis Habiburrahman El-Shirazy. Bagus ceritanya. Silalah cari novelnya ka filemnya ka, belilah DVD yang original (eheh) takpun tunggu la kot-kot ada produksi yang sudi bawak masuk tayang kat panggung sini nanti, insyaAllah.

Bila dah tengok, harap dapat contohi perwatakan pemain utama filem tersebut yang sentiasa sabar, tekun, tawakkal, redha dan ikhlas dalam setiap yang dia lakukan, setiap yang menimpa dirinya tanpa pernah berpaling sedikit pun dari ketentuan Ilahi. Susah ooo nak carik orang camtu dalam realiti hidup sekarang ni. Ingatan untuk aku gak ni.

Dan jangan pernah meragui nasib diri, sentiasa yakin akan ketentuanNya, kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. InsyaAllah.


adios amigos asparagos


Wassalam