Monday, August 30, 2010

malam ini malam merdeka

salam kemerdekaan Malaysia ke53
ahlan wasahlan ya ramadhan

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan al-mubarak ini, bulan yang penuh keberkatan, penghulu segala bulan. Lebih manis, kebetulan ia disambut sekali dengan bulan kemerdekaan negara kita yang tercinta ini, Malaysia.

Kenapa manis? Mungkin ia lebih bermakna apabila kita dapat menghayati konteks merdeka itu dalam membebaskan diri kita dari belenggu hasutan syaitan (bulan puasa ni syaitan dah kena ikat) juga nafsu yang membuak-buak dalam diri kita. Kerana nafsu hati kita sering tersilap pilih, kerana nafsu akal kita kadang terkurang waras. Kita yang sepatutnya mengawal perkembangan nafsu ini dan bukan nafsu yang mengawal pertimbangan kita.

Apapun aku bukanlah nak bercerita panjang mengenai asal usul nafsu ini bagaimana modus operandinya. Terlampau cetek pengetahuan aku kalau nak bertemuramah dengan si nafsu. Di sini aku mahu membicarakan mengenai filem sempena bulan kemerdekaan tahun ini yang seperti biasa stesen-stesen televisyen memilih cerita yang sama seperti Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, Paloh, 1957 Hati Malaya, Embun, Bukit Kepong dan lain-lain (ada lagi ke yang bercorakkan patriotik ni). Ah lantaklah aku saja je nak merepek.

Kenapa masih cerita-cerita yang sama? Apa production tak minat ke nak buat kisah-kisah patriotik ni. Tak boleh carik makan kot. Market Malaysia ni bukan minat sangat dengan genre macam ni. Yang da bomb tetap cerita cinta, ada lawak spastik, ada rempit, ada drift, ada hantu melayu sekali dalam cerita tu tadi. Tak boleh nak salahkan mereka, diorang carik makan maa. Takkan nak buat cerita yang orang tak mau bayar untuk dok ngadap skrin besar tu 2 3 jam. Apa nak diorang bayar kat karyawan kang.

Bukan apa. Teringat satu frasa ni, "filem kita, wajah kita". Ya mungkin benar apa yang dipaparkan dalam kebanyakkan filem Melayu sekarang menggambarkan betapa itulah realiti masyarakat kita sekarang. Tapi kenapa tak ambil peluang ni untuk menunjukkan wajah negara kita suatu ketika dulu. Sedikit sebanyak dapat mendidik generasi muda yang makin lama makin maju dengan cara tradisional makin dipinggirkan. Mungkin wayang itu bakal menjadi rujukan mereka untuk paper Sejarah SPM kang, mana tau. Tapi jangan bagi fakta yang salah, lingkup diorang nanti.

Lihat saja Barat. Kisah perang mereka, Saving Private Ryan, Brothers in Blood, Windtalkers, Letters from Iwo Jima, Pearl Harbor, Black Hawk Down, dan banyak lagi. Saban tahun pasti ada cerita perang yang baru. Ketepikan persoalan, "ah balik-balik US yang menang", habis dah cerita diorang, nak buat camne. Tapi apa yang menjadi perhatian di sini, mereka masih berbangga dan mereka pancarkan kebanggaan itu di atas skrin kanvas untuk tatapan dunia. Kita kat sini pun seronok tengok cerita diorang. Hatta Independence Day tu pun direka latar masanya pada hari kemerdekaan mereka walhal tah bila tah alien nak attack bumi.

"Perhaps it's fate that today is the Fourth of July, and you will once again be fighting for our freedom... Not from tyranny, oppression, or persecution... but from annihilation. We are fighting for our right to live. To exist. And should we win the day, the Fourth of July will no longer be known as an American holiday, but as the day the world declared in one voice: "We will not go quietly into the night!" We will not vanish without a fight! We're going to live on! We're going to survive! Today we celebrate our Independence Day!"

Kata si Presiden Amerika Syarikat dalam cerita Independence Day tu. Betapa bersemangatnya dia. Lihat betapa kreatifnya team produksi untuk menyelitkan unsur patriotik dalam cerita tu tadi. Contohi mereka dalam memandang sebuah projek itu jauh ke depan untuk penghasilan satu masterpiece yang mungkin terjual di pentas dunia, Cannes mungkin.

Bukannya kita tak peka tentang ini semua. Masih ada lagi produksi yang sudi menabur modal untuk menghasilkan kisah-kisah perjuangan wira bangsa dulu. Tak kurang juga cerekarama juga drama TV yang turut menyelitkan unsur patriotik tadi. Iklan toksah kata la, memang beerrhhh!!! Kita masih lagi kekurangan tak seperti Hollywood sana. Diorang bolehlah nak buat cerita perang tiap-tiap bulan. Duit bersepah.

Tapi kalau one good project can be remembered forever dah cukup baik dah. Sarjan Hassan tu, sampai sekarang orang masih lagi bercerita tentang babak-babaknya. "Siapkan makanan panas-panas, kami laparr". Harap kita dapat mempelbagaikan lagi genre cerita-cerita tempatan ni. Buat cerita perang tadi secara automatiknya jadi filem aksi. Best ooo orang Malaysia memang suka tengok cerita aksi apa.

Dah la tu, panjang lak aku membebel. Lama dah tak melalut lama-lama ni. Apapun saja je nak bercerita. Bukan sape nak ambil tahu pun. Sedikit ingatan untuk diri sendiri dan yang lain-lain, hidupkanlah sepuluh yang terakhir ini, carilah sinar Lailatul Qadar", moga Ramadhan kita pada tahun ini lebih bermakna. Takut-takut kita tak ketemu lagi tahun hadapan, Wallahualam. Cintai Allah, Cintai Rasulullah, Cintai Malaysia, Cintai kita, Cintai keluarga, Cintai adinda (eceh) Cintai semuanya, life to be loved to lived happily ever after.

adios amigos asparagos


Wassalam