Sunday, September 27, 2009

memulakan sesuatu

Salam

Raya kali ni memang agak lain bagi aku. Pertamanya aku dan keluarga aku kehilangan sanak saudara yang memang rapat dengan kami kerana mereka lebih dahulu dipanggilNya, kita yang hidup ni bila lagi. Keduanya kenalan aku dah kahwin sorang-sorang serta sepupu aku dah nak bertunang. Dan yang ketiganya aku dah start bagi duit raya kat budak-budak kecik.

Kaitan ketiga-tiga tadi ialah masa yang terus beredar mendewasakan kita meninggalkan masa lalu. Seiring dengan peredaran masa itu, aku dan kita semua la senang perlu mengharungi hari ini dan bersiap sedia untuk menghadapi hari esok.

Dan semakin lama kita diberi peluang untuk menghirup udara kat bumi Tuhan ni, semakin banyak tanggungjawab yang mesti kita laksanakan dan semakin banyak benda perlu kita capai untuk jadi orang. Takkan nak terus ho-ha ho-ha je hidup. Perlu ada objektif seperti seorang striker yang memerlukan jaringan gol untuk membantu teamnya mendapat 3 mata penuh.

Well, bila je kita habis belajar dapat kerja secara automatiknya kita punya hidup akan berubah menyaksikan keperluan dan kehendak kita semakin besar, tu belum kahwin lagi berkeluarga lagi lagi la bosa. Tapi inilah permulaan untuk kita menempuh fasa hidup yang kemudian tu. Kang nak kena beli lampin anak, susu anak, makan minum pakai anak bini semua, mak ayah kat kampung adik yang masih bersekolah.

Tu yang memerlukan wang ringgit, macam mana pula dengan persediaan nak bertemuNya nanti. Takkan nak pegang dah tua kang tobat la. Tak tau la cukup tak cukup amal aku yang selalunya rompong ni.

Enough said, perlu isi kehidupan ini supaya lebih bermakna, perlu perubahan yang lebih baik. Gua bukan budak kecik lagi, sok-sok kang dah kawin jadi bapak orang (aisey calon blom ada la plak) dan yang paling penting bila-bila je Allah boleh cabut nyawa kita. Wallahualam.

Moga kita tak terus hanyut dengan nikmat keduniaan yang sementara dan semakin melupakan di mana landasan yang sepatutnya. Moga kita tak lupa dari mana kita memulakan sesuatu untuk mencapai sesuatu.

Hidup mesti terus dengan senyuman walaupun pahit

adios amigos asparagos

Wassalam