Thursday, March 15, 2012

jangan mare ;p

salam (lama dah tak mengarang)

Kadang-kadang kita akan merasa marah. Selalu sangat pun ada. Dek kerana banyak betul benda yang kita tak puas hati. Ada seribu satu cara untuk kita cuba nak tunjukkan kemarahan tu; kadang tu menjerit, memaki, menyumpah dalam hati, pukoi orang sana sini, cakap kat bos dan sebagainya argh lantak korang la.

Menurut Profesor Lie To You (Nabil Raja Lawak yang perkenalkan dia ni ha) marah tu adakalanya datang bila kita:

  1. marah bila kita tak dapat nak jadi macam orang tu (kita kena marah dengan dia camtu la)
  2. marah bila kita tak dapat nak balas dendam kat dia (tadah telinga je la terima seadanya)
  3. marah bila kita dah jadi macam dia pula (ibarat lepaskan dendam tu balik kat orang lain yang kita nampak bengap macam kita dulu)
Haha sori tak klaka. Hak masing-masing la tu untuk marah, nak simpan kang kot meletop lagi la parah. Apapun hidup mesti kena hepi, apa la nak marah-marah je selalu. Banyak bondo laie bule buek ni ha.

ihut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, ikut marah PARAH
hoho

adios

::originallyposted::
22rabiulakhir1433hijri.2244hrs
home.sweet.home

Monday, March 5, 2012

mawar

dia sering menjadi perhatian
dia sering menjadi bualan
di mana saja diletakkan
di mana saja terlihatkan
resminya sekuntum bunga
kembang mekar harumnya
hingga para kumbang datang
hingga para lebah bertandang
kepingin memiliki debunganya
kepingin memiliki hatinya
walau dia bertangkai duri
kelopaknya penuh misteri
membuatnya lebih berseri
lebih susah untuk dimiliki
menunggu hadirnya seorang insan
yang layak memetiknya di taman
yang akan menjaga tiap waktu
membelai terus walau layu

(khas buat dia kerana "seseorang" itu lebih layak mendapatkan cintanya)

::originallyposted::
0113hrs.13rabiulakhir1433hijri.homesweethome