Saturday, October 27, 2012

sentiasa ingat ni

the more I live
the more I am afraid
to facing tomorrow
should be better than before
always

0052hrs.12zulhijjah1433h.homesweethome

Thursday, October 18, 2012

menulis semula

kita sekarang ni hidup dalam satu komuniti yang sering tak puas hati.

sama ada kita tak puas hati kenapa orang tu boleh naik pangkat, kenapa orang ni boleh beli motor beso, kenapa mamat tu main masuk je lane tengah tak bagi signal, kenapa dia cun sangat, kenapa mereka hebat, hatta kalau orang tu baik dengan orang lain pun kita tetap tak puas hati. ni semua sebahagian je dari 1001 (mungkin lebih lagi) sebab musabab yang menyebabkan kita sering tak puas hati.

yup, itu hak masing-masing untuk berasa macam tu. ye la kan, dah nama pun demokrasi. sape nak halang. tapi sampai bila. dah itu ini tak puas hati, habis tu bila hati tu nak dipuaskan betul-betul.

bukan senang nak dapatkan kepuasan hati tu. tapi tak susah untuk ada rasa bersyukur dalam diri. mungkin kita takkan dapat apa yang orang lain dapat, atau mungkin lambat sikit. everything happens for a reason dan setiap yang berlaku ada pro dan kontranya.

kalau nak juga ketakpuasan hati tu, lantak. tapi kena dengan caranya. "orang tu dapat lebih, cis, tensen aku, fine aku buat lagi best dari dia". kan lagi molek camtu dari dok hingaq pong pang pong pang itu tak betul ini tak betul.

well, banyak lagi menda nak dipikirkan, banyak lagi mende yang boleh dicapai. kita dok tak puas hati sangat dengan dunia ni, rasa-rasanya kita puas hati tak dengan segala yang kita buat selama ni. dok kejar sangat nama, pangkat, harta dan sebagainya, kenapa taknak kejar sekali redha Dia ?

dunia sementara, akhirat selama-lama. berjaya biarlah pada keduanya sekali eh.

(pesan ni bukan untuk korang sebenarnya, tapi pada aku yang selalu sangat lupa diri) ^___^

adios.amigos.asparagos
lama dah tak mengarang, eheh


Monday, October 15, 2012

me ^___^


tak perlu jadi mat jenin yang angannya tinggi
tak perlu jadi pak kaduk yang senang terlupa diri
tak perlu jadi lebai malang yang mudah dipengaruhi

i am not try to be different
i am just trying to be me

0214hrs.30zulkaedah1433hijrah.homesweethome

Friday, October 12, 2012

cari cari carilah


pencarian ini,
ibarat memancing di lautan luas,
persiapannya harus lengkap,
umpannya harus sesuai,
tekniknya harus betul,
kurang bahan; kurang sedia,
salah umpan; tak kena,
silap teknik; melepas
selebihnya terpulang kepada nasib
dan rezeki masing-masing

(insyaAllah, masanya pasti tiba juga nanti ^___^)

0154hrs.27zulkaedah1433hijrah.homesweethome

Thursday, September 27, 2012

siri : memujuk hari merawat jiwa (prolog)

biarkan saja ceritanya tidak bermula
penamatnya mungkin belum sempurna

mungkin lebih baik tak dapat semua
daripada kita hilang segala-gala

pujuklah hati rawatlah jiwa
selalu ingat pada Dia

(cuba untuk diupdate kat fesbuk, "too many broken hearts in there")

2312hrs.11zulkaedah1433h.homesweethome

Friday, July 20, 2012

maghreb satu ramadhan


rasa ini sayu,
tapi cukup indah.
rasa ini syahdu,
tapi cukup damai.
rasa ini gundah,
tapi cukup tenang.
rasa ini gulana,
tapi tetap gembira.
rasanya inilah syukur,
ketemunya kembali.

maghreb . 1 ramadhan 1433 hijrah

Sunday, July 8, 2012

melankolik (1) - copypaste je

kegagalan yang belum lagi duduk dalam kecewa,
masih lagi menerawang mencari punca yang hilang,
tanpa meletakkan malang pada daerah nasib,
daerah yang sering bikin kita hilang tertib

barangkali terlalu awal untuk aku berasa cemas,
terlalu awal untuk risaukan pada sesuatu yang dah memang sedia kabur
terlalu cepat untuk mengiyakan sesuatu yang belum pasti,
belum cukup dimengerti

tak cukup sekadar hati yang berbunyi,
hati je yang bernyanyi-nyanyi
sedang di suatu daerah lain,
lamannya kering,
belum sedia menyambut tandang manusia asing,
yang jiwanya mudah runsing-pusing

ketika ini,
panca lihat sekadar merenung,
tetapi tak memerhati,
memandang pada yang hilang

tenggelam punca badan merana,
menurut hati jiwa berapi,
tak terlindung rasa murung,
padaMu ya Rahman kupanjatkan mohon

(kompilasi dari catatan tangan Aie melalui karyanya Aku Dan Sesuatu)

:: mungkin aku lebih suka untuk bermelankolik sekarang. catatan itu seperti mengerti perasaan ketika ini. argh cukup la tu nak berdrama pun !!!. cis terngiang-ngiang lagu bahgia dari band hujan haha

Sunday, June 24, 2012

cinta dan rindu

saat hati ingin bicara
lidah kelu tanpa kata
cinta, cukup untuk buat manusia hilang pancaindera
saat waktu terus berlalu
biar diri tertunggu-tunggu
rindu, cukup untuk buat manusia termangu-mangu

(mengambil sedikit idea dari karya "aku dan sesuatu" (aie).
terfikir perlukah aku kacau dia saat dia sedang bertungkus lumus untuk paper final examnya.
aiseh)

::originallyposted::
1259hrs.5syaaban1433hijriah.maghrebdishahalam

Saturday, June 23, 2012

rahmat hujan, rezeki Tuhan

hujan di selayang, 
belumpun sampai rawang,
insyaAllah, rahmat Tuhan akan datang,
(sepertimana,
hati yang gundah,
pasti akan berubah)


-mungkin juga ditujukan kepada seorang gadis yang baru kenal


::originallyposted::
2syaaban1433hijrah.atasmotobalikkerawang

Tuesday, April 17, 2012

rindu !! cinta ???

rindu itu makin terasa
tapi cinta milik siapa

(insyaAllah, ku serahkan saja rasa ini pada yang maha Esa)

originally::posted
0121hrs.26jamadilawwal1433hijri.homesweethome

Sunday, April 15, 2012

ikhlas?

berasakan sedikit dengki
tapi turut merasakan hepi
untuk dirinya lagi
wajahnya lebih berseri
mungkin sudah dia temui
apa yang sering dihajati
yang tak bisa aku jadi

andai ini rasanya ikhlas
terima kasih Allah
untuk semuanya

originally::posted
2034hrs.23jamadilawwal1433hijri.homesweethome(sambil berkumandang azan isya')

sejujurnya aku tak tau macamana rupa ikhlas tu. mungkin bila kita tolong orang dan bila orang tu nak bagi ganjaran kita tolak, "takpe, saya ikhlas", kita berkata. mungkin itu rupanya. tapi masih lagi aku belum nak capai level seorang sufi yang bisa mentafsirkan rupabentuk ikhlas itu. meminjam update status seorang sahabat di facebook:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

sesungguhnya Allah maha mengetahui. Dia sentiasa tahu apa yang terbaik. sentiasa berpegang pada itu. ;p

Tuesday, April 10, 2012

*sigh*

though I think I was special
the truth is I need my medical
I am nobody
just lonely
*sigh*

(terngiang-ngiang lagu creep ceh padahal tak kena langsung lirik dia haha)

originally::posted
0906hrs.18jamadilawwal1433hijri.homesweethome

mimpikan dia

kelmarin malam dia hadir
walaupun aku cuba lari
masih lagi aku terhenti
menatap dirinya sekali lagi
bicara dengannya tanpa henti
senyumnya menghilang resah ini
biarpun hanya dalam mimpi
segalanya seakan tampak nyata
berharap lena tidak terjaga
realitinya takkan pernah sama

("tempoh" ini bikin aku bingung)

originally::posted
0015hrs.18jamadilawwal1433hijri.homesweethome

Thursday, March 15, 2012

jangan mare ;p

salam (lama dah tak mengarang)

Kadang-kadang kita akan merasa marah. Selalu sangat pun ada. Dek kerana banyak betul benda yang kita tak puas hati. Ada seribu satu cara untuk kita cuba nak tunjukkan kemarahan tu; kadang tu menjerit, memaki, menyumpah dalam hati, pukoi orang sana sini, cakap kat bos dan sebagainya argh lantak korang la.

Menurut Profesor Lie To You (Nabil Raja Lawak yang perkenalkan dia ni ha) marah tu adakalanya datang bila kita:

  1. marah bila kita tak dapat nak jadi macam orang tu (kita kena marah dengan dia camtu la)
  2. marah bila kita tak dapat nak balas dendam kat dia (tadah telinga je la terima seadanya)
  3. marah bila kita dah jadi macam dia pula (ibarat lepaskan dendam tu balik kat orang lain yang kita nampak bengap macam kita dulu)
Haha sori tak klaka. Hak masing-masing la tu untuk marah, nak simpan kang kot meletop lagi la parah. Apapun hidup mesti kena hepi, apa la nak marah-marah je selalu. Banyak bondo laie bule buek ni ha.

ihut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, ikut marah PARAH
hoho

adios

::originallyposted::
22rabiulakhir1433hijri.2244hrs
home.sweet.home

Monday, March 5, 2012

mawar

dia sering menjadi perhatian
dia sering menjadi bualan
di mana saja diletakkan
di mana saja terlihatkan
resminya sekuntum bunga
kembang mekar harumnya
hingga para kumbang datang
hingga para lebah bertandang
kepingin memiliki debunganya
kepingin memiliki hatinya
walau dia bertangkai duri
kelopaknya penuh misteri
membuatnya lebih berseri
lebih susah untuk dimiliki
menunggu hadirnya seorang insan
yang layak memetiknya di taman
yang akan menjaga tiap waktu
membelai terus walau layu

(khas buat dia kerana "seseorang" itu lebih layak mendapatkan cintanya)

::originallyposted::
0113hrs.13rabiulakhir1433hijri.homesweethome

Tuesday, February 21, 2012

bisa saja

aku bisa menjadi seorang kawan
aku bisa menjadi seorang teman
aku bisa menjadi seorang sahabat
aku bisa menjadi seorang yang rapat
aku bisa menjadi seorang pemerhati
aku bisa menjadi seorang penyeri

khas untuk dirinya

kerana dia berhak bersenyum ceria
kerana dia berhak bergelak tawa
kerana dia berhak bermuram durja
kerana dia berhak berseribu rasa
kerana dia berhak bahagia selamanya

dan aku akan sentiasa cuba
sehingga dia bisa
melenyapkan aku dari garis masanya

(dia kini dengan yang lain tapi aku yakin, kebaikan makin menghampirinya insyaAllah ;p)

2336hrs.28rabiulawwal1433hijri.homesweethome

Monday, January 30, 2012

hari ini ; hari esok

hari ini
kita tempuhi
kita mencari
kita mempelajari
kita memperolehi

sebuah cabaran
sebuah tujuan
sebuah pengajaran
sebuah pengalaman

senyumlah
berdoalah
bersyukurlah
berehatlah

bangkitlah esok dengan langkah yang baru
jangan diulang kesilapan yang lalu
moga hari kita ceria selalu
akan adalah sesuatu

::originallyposted::
2205hrs.6safar1433hijri.homesweethome

Saturday, January 28, 2012

takpe (kerana dia berhak)

cinta itu misteri
menunggu untuk memberi
siapa pula yang sudi

ikhlas itu misteri
ada di dalam hati
tapi rupanya tak diketahui

kata orang tua-tua
tepuk dada tanyalah selera
siapa kita sebenarnya

kisah yang hampir pasti ke penghujungnya
tapi kesudahannya mungkin lain dari yang dijangka
apapun terjadi senyumlah sentiasa ;p

::originallyposted::
0301hrs.5rabiulawal1433hijri.homesweethome

Tuesday, January 24, 2012

home ~~~~~

home sweet home for a person
home may be sweeter with homeperson
home may be sweetest with more person

we are one happy family at the home

(hopefully, insyaAllah tak lama lagi ;p)

::originallyposted::
0407hrs.30safar1433hijri.homesweethome

doaku lagi (rewrite)

kita mungkin berpusing saja
mencari jalan menuju sana
berasing jauh tapi tak jumpa
apa mungkin berhenti seketika
bertemu pula di hentian sama
dan memula langkah bersama
menuju arah cinta kita

(baru tadi meluahkan rasa pada teman sepermainan
tentang perasaanku pada si gadis penyepak katil itu heheh)

::originallyposted::
0329hrs.30safar1433hijri.homemaybesweeterwithhomeperson(direct translation nampak haha)

Wednesday, January 18, 2012

bunga cinta ?

betapa aku merindui dirinya
betapa aku berharap mendengar ceritanya
betapa aku ingin memiliki hatinya

peluang itu pernah ada
tetapi sering berlalu begitu saja
dek diri yang sering terlupa

entahlah sampai bila
aku masih tak bisa memulakan kata
aku masih tak bisa meluahkan rasa

hanya padaMu saja aku meminta
Engkaulah penentu segala
semoga yang terbaik buat kami berdua

kerana dia berhak bahagia
kerana cerianya memberikan sejuta makna
kerana dialah bunga yang mekar di jiwa

::originallyposted::
2350hrs.24safar1433hijri.homesweethome

Wednesday, January 11, 2012

membebankan

kadang kala hati ini tamak
sedang diri dapat apapun tidak
kerana nafsu sering membuak
harapkan diri cepatlah tersentak
sedarlah jangan cepat tersedak

(sesuatu sedang berlaku tapi entah apakah rasa yang membebaniku sekarang)

::originallyposted::
2325hrs.15safar1433hijri.homesweethome

Thursday, January 5, 2012

miss le konon

deep inside here
said that i miss her
does she feel the same
or i am just being lame
dem !

(ah konon power aa speaking ko eheh dah slalu sangat gak la rindu kat dia ;p)

::originallyposted::
2048hrs.09safar1433hijri.homesweethome

Tuesday, January 3, 2012

penuh harapan (kononnya)

walau berapa kali kau pernah ber"aduh"
kali ini pastikan sebenar-benarnya jatuh
tak kisah betapa kau bertunggang terbalik
insyaAllah kau akan terima yang terbaik
segala sakit nanti akan bertukar manis
bila dia menunggu dengan senyum magis

takut punah je kang harapan (moga-moga tak, tah la ;p)

::originallyposted::
2217hrs.08safar1433hijri.homesweethome

Sunday, January 1, 2012

insyaAllah

kadang diri tak nak berubah
kadang diri takut kalah
berjalanlah
moga ketemu jua yang indah

::originallyposted::
0148hrs.07safar1433hijri.dalamketementoltadi