Monday, December 20, 2010

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............?

Salam

decision making adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kau. tak kira la pagi ni kau bangun, siap nak pakai baju apa gi kerja, naik apa, dengan siapa, pukul berapa, nak buat apa, nak sarapan - lunch - (kalo ada minum petang pun best gak) - dinner - (supper lagi?) - nak makan apa, tengok cerita apa, kat wayang ke kat tv ke astro beyond ke, nak tido ke tak; pendek kata segalanya kenkadang menimbulkan tanda tanya dari sekecil-kecil zarah ke sebesar-besar alam di dalam kotak pemikiran kau tu.

kerana setiap keputusan yang kau buat tu akan meng'reflect'kan tindakan kau selanjutnya. misalnya kau pergi kerja naik bas, mungkin akan lambat sikit sampai pasal jalan jem, yup kau tau la kolumpo ni camne. kau tak nak sarapan tak nak lunch tak nak dinner, ape kau tengah berdiet ke (ye la nak cantik ni bukan senang), alamatnya berlapar la kau. nak tengok wayang, maka kau akan tergolong dalam ribuan mungkin jutaan yang menyumbang kepada tingginya rating penonton filem tersebut sampai filem tu pecah panggung; bolehlah kau bercerita yang kau dah tengok cerita tu, "best ooo !!!", kata kau lagi pada teman-teman.

tapi kenkadang tak segampang itu untuk kau buat keputusan walaupun sebenarnya permasalahan itu takdela sebesar mana pun, alah kecik punya hal la kawan. tapi kau dah terlebih dulu memikirkan akibatnya. tak salah. pasal tu orang tua-tua sudah bikin bidalan 'sediakan payung sebelum hujan' , 'beringat sebelum parah'. mungkin kau perlukan sedikit waktu untuk membuat satu keputusan yang bijak dan tepat, mudah diadaptasikan dengan situasi tertentu. iyo la tu baru kes remeh kalau kes bosa 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. ada yang laju, berdesup dia boleh kasi keputusan on da spot, hebat, pantas dan tuntas, anda pasti score. mungkin dia bercakap dari pengalaman, dia dah pernah rasa dan dia dah tau apa yang patut dia buat, macam orang masak nasik minyak kat kenduri kawen tuu, main campak-campak je, tapi hasilnya; bergghhhh~~~ mantop!.

well, saja nak bermukadimah sebanyak. aku ni pun bukanlah jenis yang senang buat keputusan ni ha. pasal keputusan aku mudah dipengaruhi oleh faktor kawan-kawan. senang cerita aku ni susah nak buat keputusan. bila aku dah buat, selalunya aku akan menyesal dengan pilihan tu dan kalau boleh aku nak pinjam mesin masa doremon tukar balik. tambah kalau kena saiko. ish ish ish

so, tepuk dada tanya selera, apa yang mempengaruhi keputusan korang, korang sendiri yang tau. pokoknya, tak semua keputusan yang kau buat akan disenangi semua pihak tapi berusahalah untuk cuba lancarkan tindakan yang terbaik atas keputusan tu moga semua pihak (atau segelintir yang nampak pun chantek dah) berpuas hati dengan hasil kerja kau. usaha dah buat, sertakanlah dengan tawakkal kepadaNya. kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

hayatilah sajak "the road not taken" yang aku belajar masa kelas english literature kat sekolah menengah dulu ni

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Robert Frost

adios amigos asparagos

Wassalam

Friday, December 17, 2010

jubli perak aku

still

After 25 years
Still standing
Still moving
Still waiting
Still the same me
Yet I am still afraid

171210
2124hrs
homesweethome

saje je mencube tah hape hape
Terima kasih ya Allah atas hidup dan nafas yang telah kau berikan selama ini

Tuesday, October 12, 2010

semangat perjuangan harmoni

salam

Semalam buat pertama kalinya aku terlibat dalam proses penukaran tayar kereta. Gile ah, aku lesen kereta pun takde apatah lagi punyai sebuah kenderaan empat roda itu (kereta kawan la tu). Semuanya semata-mata untuk pergi stadium Shah Alam tengok bola live depan mata. hahaha apedehal.

Tapi seakan-akan tak berbaloi bila keputusan atas scoreboard tu lepas 90 minit perlawanan campur 15 minit waktu rehat campur 5 minit masa tambahan menunjukkan angka 0:0. Arghh tensennye, rasa cam nak baling je bangku stadium tu harharhar (gelak jahat). Takpun baling botol air ke. Apsal la aku tak bawak mercun bole gak aku campakkan kasi bingit telinga orang. Pastu gaduh harharhar.

Tapi tak baik ooo buat camtu. But, who care (chewah), tahun demi tahun, match demi match, benda camtu gak la yang berlaku. Seolah-olah itu adatnya datang ke stadium. Kalau takde terjadi habit macam tadi maka bukanlah penonton tegar bolasepak Malaysia ni.

Tapi, persoalannya relevankah perwatakan itu. Mungkin setakat baling botol ke cup plastik air tu ke biasa la kot. Kat Amerika Latin pun ada baling-baling gak. Tapi jangan lebih-lebih la. Kesian cleaner nak bersihkan stadium kang. Tambah plak dengan kerusi rosak lagi.

Dalam 6 barisan sebelah kanan aku semalam ada sorang (aku tak tau la budak ke orang besar laki ke pompuan) terkena balingan dari orang dari bahagian atas (tak tau la botol air ke mercun ke batu bata ke kan). Cam teruk je tengoknya. Tak pasal-pasal ada orang injured sebab sesuka hatinya penonton lain membaling macam-macam (mungkin dia seronok sangat kot baling membaling nih, baling kat penyokong lawan kang tau la ko takpun balingkan ko ke bawah).

Bercakap soal penyokong kedua-dua pasukan pula. Memang tak dinafikan fanatik tu chantek, semangat kenegerian tu bagus. Siapa lagi nak sokong team sendiri kan. Tapi kamon la. Takkan tu pun nak gadoh. Yup provokasi dan bola memang tak dapat dipisahkan. Tak bole ke dia saiko lu lu saiko dia balik sama-sama saiko pastu match start lu bersorak untuk team plak. Mustahil kot tapi bole buat ala cam lawan pantun kelab penyokong Kedah sama kelab penyokong Selangor 2 3 tahun lepas. Style ape.

Macam ada sorang brader yang dok 2 3 baris belakang aku cakap, "kalau hantar diorang ni pergi Palestin, mau menang Palestin ooo". Ye la nampak dah semangat intifadanya tu. Lu orang dok satu negara pun nak gaduh. Ye la darah muda cepat panas nak buat camne kan. Sudahnya kang player sihat walafiat, penonton plak yang balik rumah lebam-lebam, dengan luka panjat pagarnya lagi. Sian lak FRU sama Rela ramai-ramai kena datang, diorang pun nak dok umah gak rilek malam-malam tu.

Diorang kena fikir, yang datang stadium tu bukannya budak-budak muda je. Ada gak yang datang bawa famili, ada budak kecik. Kesian kat budak tu, kecik-kecik lagi dah didedahkan dengan budaya camni. Sudahnya kang lama-lama diorang takut dah nak datang stadium. Ataupun diorang jadi lebih teruk lagi. Makin suram la stadium kat Malaysia ni.

But, what to said (chewah), itulah warna-warni bolasepak Malaysia. Takde diorang ni pun suram gak stadium. Nak buek camno. Hopefully, semakin profesional liga bolasepak Malaysia, semakin profesionallah penyokong-penyokongnya. Macam liga-liga profesional lain la seantero dunia. Tapi diorang pun ada gak budaya cam hooligan la, antimadridista la, macam-macam lagi la. Sendiri fikirlah apa yang terbaik. Mungkin bolasepak perlukan provokasi ini, supaya kelihatan lebih rancak dan menarik.

Sukan sepatutnya menyatupadukan kita. Say no to racism; FIFA code play.

Kemuncaknya semalam, member aku cerita kat parking penyokong lawan, penyokong tuan rumah kena bantai ramai-ramai. Kat parking penyokong tuan rumah, penyokong lawan kena balun penyokong tuan rumah ramai-ramai. Enuff said.

Gua ; masih akan teruskan menyokong bolasepak tempatan, ya-ha!!!

adios amigos asparagos

wassalam

Friday, October 8, 2010

Lagu Jiwa Lagu Cinta

salam 1 zulkaedah

Malam tadi aku telah dibelanjai oleh kawan aku untuk menonton teater. Uuiii lama gak aku tak menonton teater ni, dah 1 dekad mungkin. Last itu ari Alang Rentak Seribu yang pelakon utamanya Adlin Aman Ramli. Ish ish ish lame bebenor ghasenye, sampai dah ada Istana Budaya ooo diorang buat, saje senang nak buat apa-apa pementasan. Elok sangat la tu.

Malam tadi aku dan kawan-kawan aku serta para audiens yang lain telah dipersembahkan dengan pementasan teater muzikal Tun Mahathir. Jujurnya aku bukan peminat setia Tun Mahathir, tapi melihat kembali susur galurnya sebagai seorng bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, pujian harus diberikan atas segala yang telah beliau lakukan untuk negara ini. Dengan Dasar Pandang ke Timurnya dll.

Malam tadi juga mengetengahkan beberapa lagu yang digubah khusus untuk meraikan Tun. Semuanya disulam bait-bait lirik yang memuji-muji kredibiliti Tun dari zaman kanak-kanaknya, zaman muda belianya, zaman menjadi pemimpinnya ke zaman kejutan beliau meletakkan jawatan (penutup teater muzikal tersebut).

Apa yang nak aku kisahkan di sini, betapa dengan lagu kita boleh gunakan untuk menyampaikan perasaan kita. Dalam kisah Tun Mahathir tadi, betapa kagumnya dengan sifat-sifat beliau (bawah tajuk lagu sudah ada tulis lagu tu untuk apa). Dan ianya disampaikan dengan penuh perasaan dan jiwa sang penulis lagu, lirik dan penyanyi sendiri.

Tak dinafikan, dengan mood yang disesuaikan, sesetengah lagu tampak kena dengan jiwa kita pada satu-satu ketika. Apabila jatuh cinta, mungkin boleh menyanyi lagu "Sedang Ingin Bercinta" karya kumpulan Dewa. Apabila mahukan keyakinan diri, mungkin boleh menyanyi lagu "Jika Kau Fikirkan Kau Boleh". Apabila Hari Raya, menyanyi la berapa banyak lagu raya yang ada sejak zaman hitam putih lagi. Apabila kecewa putus cinta, ahh banyaklah lagu putus cinta ada boleh pilih sendiri kat set karox. Bak "Lagu Jiwa Lagu Cinta" dendangan Mawi sama sifu M.Nasir dia la kot diibaratkan.

Tak dinafikan, dengan lagu mood tadi gampang untuk disampaikan. Dah nak bercakap terus susah. Ala cam cerita Hindustan tu, tetiba je terus keluar orang kampung sume jadi suara latar, tukar-tukar baju, tukar-tukar lokasi 4 musim, guling-guling, sorok-sorok belakang pokok. hahaha. Lagu dilihat sebagai satu medium yang efisyen untuk menyampaikan perasaan seseorang. Kalau tak takkanlah setiap negara bahkan negeri bahkan sekolah juga kelab mahupun persatuan ada lagu rasminya sendiri. Nah menunjukkan betapa bangganya kita menjadi warga tersebut.

Oleh yang demikian juga, stesen-stesen radio pantas menerbitkan segmen sampaikan lagu, tak kisahlah untuk kekasih ke, mak ayah kat kampung ke, cikgu sekolah ke, jiran sebelah rumah ke, secret admirer ke siapa sajalah, memang ada lagu-lagu yang dikhususkan untuk mereka, tinggal nak pilih je.

Dalam setiap lagu tersebut ada ceritanya sendiri, yang secara kebetulan juga kena plak dengan kisah hidup si polan (tak pecaya bukak youtube.com tengok komen diorang mesti ada punyalah). Begitulah kuasa lagu ni tadi dalam mempengaruhi mood seseorang.

Apapun, dalam dok sebok korang dok puja-puja kekasih hati dengan lagu, jangan dilupakan wujudnya lagu-lagu ketuhanan untuk memuji-muji kebesaran Ilahi juga Junjungan Mulia. Start dengan Asmaul Husna pun chantek dah. Nak lagi sedap belajar irama taranum dalam membaca kitab suci al-Quran. Pasti lebih indah bacaan tu.

Orait udah le tu. Apapun ok le teater muzikal malam tadi walaupun member aku dok risao je takut seat tu patah tergolek-golek kang kitorang ke pentas utama. ahahaha. Looking forward for the next show. ecewah spiking plak. Apapun thanxillion pada member aku pasal sudi belanja, next time tu turn aku plak.

Aku tinggalkan korang dengan lagu ni. Enjoy.




adios amigos asparagos


wassalam

Tuesday, September 21, 2010

indahnya beraya di desa

salam syawal

selamat hari raya

Ya kita masih lagi berada dalam mood raya. Atas kalendar Gregorian pun jelas menyokong penuh Takwim Hijrah tiap-tiap tahun yang mana terpampang bulan Syawal tu memang sebulan bukan 2 hari bukan seminggu dua. So masih tak salah lagikan untuk kita mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat.

Tertarik dengan satu rencana Kosmo! beberapa hari yang lepas. Kisah satu keluarga yang lebih cenderung untuk pergi berlibur ke luar negara pada hari raya dari beraya di negara sendiri mengunjungi kenalan di sini. Dalam rencana tu diorang berceritalah betapa seronoknya beraya di sana, dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan tu semua.

Well, diorang tak salah. Masa yang berubah membuatkan cara kita menyambut sesuatu tu agak berlainan dari masa yang lalu. Mungkin tahun lepas diorang dah sambut raya kat Malaysia, tahun ni diorang fikir apa salahnya beraya sambil bercuti di luar negara. Almaklumlah sepanjang tahun sibuk je kan. So cuti raya kebetulan agak panjang. Bawak le famili sekali.

Kadang tu kita tak payah nak bukak paper baru nampak hal-hal macam ni. Tengok je sekeliling kita. Zaman sekarang ni ada orang yang lebih suka beraya di bandar. Shopping complex kosong jalan kosong, kurang la sesaknya sampai boleh kau nak tido atas jalan pun.

Mungkin diorang ni dah takde kampung. Ataupun tahun lepas dah balik kampung (sekali lagi). Ataupun memang diorang ni orang kota sejak dari azali lagi. Turun temurun dok kat bandar. Sekali lagi masa memainkan peranan.

Dan penerbitan iklan yang menunjukkan macamana seorang anak dah siapkan rumah mak bapak dia kat bandar secara sinisnya menunjukkan ada insan yang lebih gemar beraya di bandar (kot). Tapi rasanya dia nak balas jasa mak bapak dia lalu dia buatkanlah sebiji rumah sebelah rumah dia. Senang dia nak tengok-tengokkan mak bapak dia hiburkan hati mereka.

Sekalipun masa itu berubah, satu perkara masih belum berubah. Semangat raya itu sendiri. Masih lagi bersolat sunat hari raya berjemaah dan mendengar khutbah. Masih lagi berbaju Melayu bersamping berbaju Kurung Kebaya dan sebagainya. Masih lagi kuih bahulu, samprit, batang buruk, lemang, ketupat, rendang, lodeh dan sebagainya. Masih lagi kunjung-mengunjungi ziarah menziarahi dari rumah ke rumah. Macam famili yang pergi bercuti tadi. Diorang sediakan jugak makanan tradisi hari raya apa, masih lagi diorang bermaaf-maafan di pagi raya. Cuma tak tau la kot diorang jumpa mercun ke bunga api ke kat sana. Meriam buluh jauh sekali. ahaks.

Dan semangat ini harus terus kekal dalam diri kita tak kira la tahun depan ke 10 tahun lagi ke 50 tahun lagi ke and so on. Sebab itulah hari raya. Hari meraikan kemenangan melawan godaan hawa nafsu. Hari kita berkongsi kegembiraan itu dengan dunia. Jangan semangat itu terus hilang hanyut dibawa arus masa.

Mungkin caranya sedikit berbeza sekarang dan masa akan datang. Tapi jangan kita lupa makna Eidulfitri itu sendiri. Kembali kepada fitrah. Bersyukurlah kerana kita masih lagi berkesempatan menyempurnakan rukun Islam yang ketiga tu dan dapat meraikan hari kemenangan ini.

Masa tak pernah salah, dia dok macam tu je sampai bila-bila. Tapi kita yang selalunya terikut-ikut dengan peredarannya sehingga terlupa fitrah kita tadi.

Apapun acara balik kampung pasti terus menjadi trend. Tak kira la naik bas ke naik kereta ke naik motor ke naik flight ke, naik kapal dagang ke naik keretapi ke naik lori ayam ke. Sebab bak kata Azlina Aziz, "Indahnya beraya di desa". Lain ooo suasana dia. Makan ramai-ramai, main mercun ramai-ramai, tido ramai-ramai (bak cerita kawan aku, sampai ada anugerah sape dengkur paling kuat la), semuanya secara beramai-ramai. Best ooo.

Dan masih lagi merasa jammed yang sama. hahaha.

adios amigos asparagos

wassalam

Sunday, September 12, 2010

hujan? band indie tu ke?

salam empat syawal

Bangkit dari tidur lepas mandi solat siap-siap nak pergi kerja, tiba-tiba hujan. Lalu aku bukak tv layan la jap Zombie Kampung Pisang di Astro Ria. Syok-syok layan tiba-tiba gambar kejap ada kejap takde dan diakhiri dengan teks dalam kotak biru kat side atas skrin tv tu 'service currently not available'. Sigh~~ Apedehal layan la internet jap sementara tunggu hujan berhenti. Dok-dok layan tetiba teringat satu post blog yang dah lama dah aku tulis satu ketika dulu, dalam 2 tahun dah kot. Perihal hujan gak. Layankan la kejap boring-boring ni.
_____________________________________________

Hujan? ape kes ngan band indie tuh?

salam

Buat kesekian kalinya aku menaip di ruangan ini. Tak tau la kenapa aku cukup gila nak mem’blog’ sekarang ni. Mungkin kerana lahiriahnya aku ni seorang yang suka merepek kot. Sebelum tu, hahaha sori kepada para peminat band Hujan yang menyangkakan post ni ada kaitan dengan band yang korang dok puja tu. Korang kena tipu. Aku tak pernah jumpa diorang apatah lagi membeli album original diorang. Download ada la. So sukati korang la nak teruskan pembacaan atau tak.

Alkisahnya semalam aku baru nak bergerak balik dari satu hari yang meletihkan di tempat kerja. Hati yang terasa amat girang sekali disentap oleh bunyi guruh kat luar. Hujan la pulak. Aku menyungut sendiri. Tapi aku harus pulang secepat mungkin kerana bas kat area ni memang susah nak dapat. Jadi aku redah je hujan tu ke arah bus stop yang lebih kurang 200 meter dari tempat kerja aku. Dengan basah kuyup aku naik bas RapidKL menuju pula ke Stesen Rel Putra. Satu lagi benda tak best jadi. Disebabkan hujan jalan pulak jammed. Terlepas 2 tren yang sepatutnya salah satu aku dah naik. Aku menyungut lagi.

Aku dapat naik tren gak. Tapi lagi satu yang tak best berlaku bapak giler slow tren tu. Aku menyungut lagi. Sampai kat KL, keluar je dari stesen, pergh! selang selangkah aku jumpa orang jual payung. Banyak gak la yang terjual aku tengok, tapi aku tak beli pun. Apa barang laki pakai payung, takut hujan cam kambing. Hahaha.

Tu la rahmat hujan. dalam orang dok menyungut jalan jammed, nak dating tak bole, nak basuh kain tak bole, nak basuh keta tak bole, nak gi noreh tak bole, nak turun bendang tak bole, nak turun laut tak bole, jual air tak bole, senang cerita banyak menda la tak boleh buat kalau hari hujan. Tapi bagi penjual payung, memang masyuk. Hujan dilihat sebagai satu situasi di mana kadar jualan diorang boleh mencapai tahap tertinggi dengan keuntungan yang berlipat kali ganda. Tak payah promosi berat-berat, cukuplah dengan laungan “payung, payung!”, mesti ada orang nak beli punya. Dah memang rezeki diorang kat situ.

Selain tu hujan juga membolehkan tanah yang kering kontang kembali lembab. Cuba kalau kemarau manjang, boleh ke kita hidup dalam situasi macam tu. Gilir-gilir la kan kejap hujan kejap panas kejap mendung kejap cerah, semuanya memang lumrah alam semulajadi. Baru ar balance. Kalau jalan jammed ke tren lambat ke, bukan apa untuk keselamatan gak kan.

So bila hujan turun janganlah pula asyik nak merungut je (termasuk la aku) Kurangkan sikit ok la kot, berenti terus agak mustahil. Di samping para penjual payung tadi boleh lakukan jualan diorang, kita boleh beli payung diorang kalau takde payung, so amalan bantu-membantu terjadi kat situ daripada korang tercongok je tunggu hujan berenti. Yang tersekat kat rumah tak dapat pergi mana-mana pun mungkin dapat gunakan masa tu untuk bersama keluarga yang dewasa ini amat jarang kita luangkan bersama diorang. Kalau tak pun gi tido je hahaha. Dan ke’best‘an hujan ni membolehkan nama ni menaikkan band indie tadi, kalau tak korang mungkin kenal diorang dengan nama lain.

Mengimbau balik zaman sekolah aku, hujan la yang paling aku nanti-nantikan time aku bukak mata pepagi. Sebab kalau hujan aku tak payah pegi sekolah, hahaha. Sama la gak time kat universiti. Alasan kukuh mesti kena ada beb.

Dan oleh sebab aku berlari dalam hujan semalam, aku demam hari ni, so boleh cari MC hahaha, gile best kalo hari hujan.

adios amigos asparagos

wassalam
_____________________________________________

Dan sedar tak sedar dah nak berhenti pun hujan. Well, masa berubah tapi hujannya tetap sama. Masih lagi takkan berhenti merungut pasal hujan yang turun. Lumrah manusia la kan, apa nak buat. Tapi jadilah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, tingkatkan produktiviti pergi kerja la poit ahahaha. InsyaAllah kang bole sambung beraya lagi, raye sebulan wehh.

Sekali lagi takde kena mengena langsung dengan band Hujan tuh. Hahaha.

adios amigos asparagos

wassalam

Monday, August 30, 2010

malam ini malam merdeka

salam kemerdekaan Malaysia ke53
ahlan wasahlan ya ramadhan

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan al-mubarak ini, bulan yang penuh keberkatan, penghulu segala bulan. Lebih manis, kebetulan ia disambut sekali dengan bulan kemerdekaan negara kita yang tercinta ini, Malaysia.

Kenapa manis? Mungkin ia lebih bermakna apabila kita dapat menghayati konteks merdeka itu dalam membebaskan diri kita dari belenggu hasutan syaitan (bulan puasa ni syaitan dah kena ikat) juga nafsu yang membuak-buak dalam diri kita. Kerana nafsu hati kita sering tersilap pilih, kerana nafsu akal kita kadang terkurang waras. Kita yang sepatutnya mengawal perkembangan nafsu ini dan bukan nafsu yang mengawal pertimbangan kita.

Apapun aku bukanlah nak bercerita panjang mengenai asal usul nafsu ini bagaimana modus operandinya. Terlampau cetek pengetahuan aku kalau nak bertemuramah dengan si nafsu. Di sini aku mahu membicarakan mengenai filem sempena bulan kemerdekaan tahun ini yang seperti biasa stesen-stesen televisyen memilih cerita yang sama seperti Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, Paloh, 1957 Hati Malaya, Embun, Bukit Kepong dan lain-lain (ada lagi ke yang bercorakkan patriotik ni). Ah lantaklah aku saja je nak merepek.

Kenapa masih cerita-cerita yang sama? Apa production tak minat ke nak buat kisah-kisah patriotik ni. Tak boleh carik makan kot. Market Malaysia ni bukan minat sangat dengan genre macam ni. Yang da bomb tetap cerita cinta, ada lawak spastik, ada rempit, ada drift, ada hantu melayu sekali dalam cerita tu tadi. Tak boleh nak salahkan mereka, diorang carik makan maa. Takkan nak buat cerita yang orang tak mau bayar untuk dok ngadap skrin besar tu 2 3 jam. Apa nak diorang bayar kat karyawan kang.

Bukan apa. Teringat satu frasa ni, "filem kita, wajah kita". Ya mungkin benar apa yang dipaparkan dalam kebanyakkan filem Melayu sekarang menggambarkan betapa itulah realiti masyarakat kita sekarang. Tapi kenapa tak ambil peluang ni untuk menunjukkan wajah negara kita suatu ketika dulu. Sedikit sebanyak dapat mendidik generasi muda yang makin lama makin maju dengan cara tradisional makin dipinggirkan. Mungkin wayang itu bakal menjadi rujukan mereka untuk paper Sejarah SPM kang, mana tau. Tapi jangan bagi fakta yang salah, lingkup diorang nanti.

Lihat saja Barat. Kisah perang mereka, Saving Private Ryan, Brothers in Blood, Windtalkers, Letters from Iwo Jima, Pearl Harbor, Black Hawk Down, dan banyak lagi. Saban tahun pasti ada cerita perang yang baru. Ketepikan persoalan, "ah balik-balik US yang menang", habis dah cerita diorang, nak buat camne. Tapi apa yang menjadi perhatian di sini, mereka masih berbangga dan mereka pancarkan kebanggaan itu di atas skrin kanvas untuk tatapan dunia. Kita kat sini pun seronok tengok cerita diorang. Hatta Independence Day tu pun direka latar masanya pada hari kemerdekaan mereka walhal tah bila tah alien nak attack bumi.

"Perhaps it's fate that today is the Fourth of July, and you will once again be fighting for our freedom... Not from tyranny, oppression, or persecution... but from annihilation. We are fighting for our right to live. To exist. And should we win the day, the Fourth of July will no longer be known as an American holiday, but as the day the world declared in one voice: "We will not go quietly into the night!" We will not vanish without a fight! We're going to live on! We're going to survive! Today we celebrate our Independence Day!"

Kata si Presiden Amerika Syarikat dalam cerita Independence Day tu. Betapa bersemangatnya dia. Lihat betapa kreatifnya team produksi untuk menyelitkan unsur patriotik dalam cerita tu tadi. Contohi mereka dalam memandang sebuah projek itu jauh ke depan untuk penghasilan satu masterpiece yang mungkin terjual di pentas dunia, Cannes mungkin.

Bukannya kita tak peka tentang ini semua. Masih ada lagi produksi yang sudi menabur modal untuk menghasilkan kisah-kisah perjuangan wira bangsa dulu. Tak kurang juga cerekarama juga drama TV yang turut menyelitkan unsur patriotik tadi. Iklan toksah kata la, memang beerrhhh!!! Kita masih lagi kekurangan tak seperti Hollywood sana. Diorang bolehlah nak buat cerita perang tiap-tiap bulan. Duit bersepah.

Tapi kalau one good project can be remembered forever dah cukup baik dah. Sarjan Hassan tu, sampai sekarang orang masih lagi bercerita tentang babak-babaknya. "Siapkan makanan panas-panas, kami laparr". Harap kita dapat mempelbagaikan lagi genre cerita-cerita tempatan ni. Buat cerita perang tadi secara automatiknya jadi filem aksi. Best ooo orang Malaysia memang suka tengok cerita aksi apa.

Dah la tu, panjang lak aku membebel. Lama dah tak melalut lama-lama ni. Apapun saja je nak bercerita. Bukan sape nak ambil tahu pun. Sedikit ingatan untuk diri sendiri dan yang lain-lain, hidupkanlah sepuluh yang terakhir ini, carilah sinar Lailatul Qadar", moga Ramadhan kita pada tahun ini lebih bermakna. Takut-takut kita tak ketemu lagi tahun hadapan, Wallahualam. Cintai Allah, Cintai Rasulullah, Cintai Malaysia, Cintai kita, Cintai keluarga, Cintai adinda (eceh) Cintai semuanya, life to be loved to lived happily ever after.

adios amigos asparagos


Wassalam