Saturday, February 19, 2011

masih belum tido lagi (hadoiyai~~~)

pertempuran malam


malam itu

satu lagi pertempuran

sang nyamuk bergerombolan

kelaparan keluar mencari makan

berbalas dengan tamparan

yang kembali menyakitkan

tubuh sang penampar hairan


lalu memilih

kelambu dan asap putih

biarkan sang nyamuk letih

janji mereka tidur tersengih


andai selesai malam ini

bersambung pula esok hari

dan pertempuran ini

akan terus terjadi

hingga akhir nanti


originally posted ::

0259hrs 200211

homesweethome


(tak boleh tido dan sedang bertarung sengit dengan nyamuk hohoho)

entri yang berturut-turut

entah mengapa..

..tiap kali ku pejamkan mata
wajah sama senyuman sama
bermain di ruang minda
ya Allah bantulah hamba
dalam mencari makna cinta

originally posted ::
0220hrs 200211
homesweethome

(masih lagi teringatkan dia dan mata masih gagal untuk dilelapkan ceh)

malam ni nak hujan (mungkin?)

tanpa bulan

mencari sang bulan terang
dalam mendung langit malam
dalam dingin angin malam
dalam sepi gelap malam
dan malam makin kelam

originally posted ::
0209hrs 200211
homesweethome

(tak bole tido punya pasal)

Tuesday, February 15, 2011

di dalam perut kenderaan lipan

seketika itu

seketika
melihatkan dia
duduk di sana
sedang berbicara
terpesona
sinar matanya
bercahaya
riak wajahnya
tenang dirasa
berdetik masa
bila agaknya
terjumpa semula
mengharap dia
terus ceria
di mana saja
setiap ketika

originally posted ::
homesweethome
0010hrs 150211

((>)1500hrs - rabu - 090211 - kl monorail :: masih teringatkan dia walau seketika, aku turun satu stesen awal dari dia (kot))

Tuesday, February 1, 2011

lari (jauh-jauh ku pergi)

ingin saja ku lari
jauh sana ku pergi
tinggalkan semua ini
dalam mencari diri
yang semakin dilupai

originally posted::
2357hrs 010211 homesweethome

(sekali lagi air mata itu berguguran, maafkan aku)

................ [bicara tentang cinta (part V)]

lepaskan dia pergi

cinta cinta cinta
baru aku tau cinta tu memang gila
bukan sahaja buta bukan sahaja monyet yang bercinta
tapi cinta tu sendiri buatkan orang jadi gila
betapa susahnya nak mencari cinta
tapi bila dah dapat kadang-kadang sia-sia
entah mengapa
kadang-kadang kita lupa diri bila bercinta
kita lupa janji-janji manis sewaktu bermula
kita terasa tak puas dengan apa yang kita ada
hingga seorang itu boleh merana
hingga seorang itu boleh terseksa
hingga seorang itu boleh menjadi gila
kerana cinta dia merana
kerana cinta dia terseksa
kerana cinta dia gila
yang membezakannya hanya masa
jangan dibazirkan masa yang ada
biarpun perit lepaskan saja
jika terlambat buruk padahnya
biarlah dia bahagia
Allah mengetahui jodohnya siapa
semoga dia ketemu yang setia
yang terbaik yang berjaya
biarlah aku yang dihina

originally posted::
2017 hrs
010211 federal day
homesweethome


"cinta itu ibarat kentut, nak dilepas malu, nak ditahan perit
jika tersalah lepas merana, jika ditahan lama entahlah"