Tuesday, December 27, 2011

angan dan sedar (diri)

ia datang dari angan-angan
maka lahirlah sebuah impian
dan terbitlah sebuah harapan
kau hamparkan segala kekuatan
untuk capai apa yang diinginkan
jadi kenapa harus ada ketakutan
bulatkan cekal tetapkan arahan
kau yang akan tentukan jalan
cuma jangan pernah lupa Tuhan
jangan jadi si jenin yang kejatuhan
insyaAllah akan sampai jua tujuan

::originallyposted::
2224hrs.1safar1433hijri.homesweethome

Tuesday, December 20, 2011

sepetang di bengkel sebelahnya gudang

lewat petang di selayang
kereta rosak enjinnya pincang
perhati alam sambil bersembang
warga gudang memunggah barang
menghantar pesan ke daerah seberang

(sekali sekala bikin macam ni pun best gak)

::originallyposted::
1857hrs.24muharram1433hijri.bengkeldekatselayang

Saturday, December 10, 2011

slamat pagi dooniaaa !!!!! ;p

pagi jumaat terang
hari lebih girang
buat apa garang
rilek tenang tenang

slamat pagi dooniaaa !!!!! ;p

(ramai ingat bos aku yang cakap apedehal)

::originallyposted::
101211.contengmindaatasmotor
::repost::
0220hrs.15muharram1433hijri.homesweethome

rindu bertandang lagi

bila rindu datang menjengah
hati mula dihimpit gundah

::originallyposted::
291111.facebook
::repost::
0215hrs.15muharram1433hijri.homesweethome

bangkit suboh

dalam sejuk dinihari pagi,
hamba bersimpuh menunai janji

::originallyposted::
261111.facebook
::repost::
0214hrs.15muharram1433hijri. homesweethome

tinggallah semalam

malam makin kelam
makin tinggalkan semalam

::originallyposted::
251111.facebook
::repost::
0212hrs.15muharram1433hijri.homesweethome

Saturday, December 3, 2011

selagi ada waktu

mungkin diri ini sentiasa terlupa
dunia tak pernah meninggalkan kita
cuma masa berubah menjadi tanya
apakah kesempatan itu masih ada

(sedikit olahan sebagai renungan)

::originallyposted::
0039hrs.7muharram1433hijri.homesweethome

luahan hati

walau kita tak punya banyak kenangan lalu
tak bermakna kita tak bisa menciptanya kini
kerana aku ingin bersama kamu buat selamanya

andai kata kehadiranku tak dapat kamu terima
aku redha kerana kamu berhak untuk bahagia
teruslah hidup dengan ceria itu saja ku pinta
jangan pernah sesal lagi dengan pilihan anda

(andainya dia dapat mendengar)

::originallyposted::
2325hrs.7muharram1433hijri.homesweethome

Friday, December 2, 2011

sabar menanti lagi ?

takkan pernah bosan menghadapi dunia
cuma masa berubah menimbulkan tanya
langkah, walau berani, belumpun sempurna
sedang diri seringkali kehilangan kata

(harap sangat dia dapat mendengar, rasa hati ini yang bergetar)

::originallyposted::
petangtadi.6muharram1433hijri.atasmoto

Thursday, December 1, 2011

puisi ringkas buat dia

meski kita tak punya banyak kenangan bersama dulu
tak bermakna kita tak bisa mencipta kenangan bersama kini
kerana aku mahu hidup bersama kamu selamanya

(insyaAllah minta dipermudahkan segala urusan)

::originallyposted::
0441hrs.6muharram1433hijri.homesweethome