Tuesday, September 21, 2010

indahnya beraya di desa

salam syawal

selamat hari raya

Ya kita masih lagi berada dalam mood raya. Atas kalendar Gregorian pun jelas menyokong penuh Takwim Hijrah tiap-tiap tahun yang mana terpampang bulan Syawal tu memang sebulan bukan 2 hari bukan seminggu dua. So masih tak salah lagikan untuk kita mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat.

Tertarik dengan satu rencana Kosmo! beberapa hari yang lepas. Kisah satu keluarga yang lebih cenderung untuk pergi berlibur ke luar negara pada hari raya dari beraya di negara sendiri mengunjungi kenalan di sini. Dalam rencana tu diorang berceritalah betapa seronoknya beraya di sana, dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan tu semua.

Well, diorang tak salah. Masa yang berubah membuatkan cara kita menyambut sesuatu tu agak berlainan dari masa yang lalu. Mungkin tahun lepas diorang dah sambut raya kat Malaysia, tahun ni diorang fikir apa salahnya beraya sambil bercuti di luar negara. Almaklumlah sepanjang tahun sibuk je kan. So cuti raya kebetulan agak panjang. Bawak le famili sekali.

Kadang tu kita tak payah nak bukak paper baru nampak hal-hal macam ni. Tengok je sekeliling kita. Zaman sekarang ni ada orang yang lebih suka beraya di bandar. Shopping complex kosong jalan kosong, kurang la sesaknya sampai boleh kau nak tido atas jalan pun.

Mungkin diorang ni dah takde kampung. Ataupun tahun lepas dah balik kampung (sekali lagi). Ataupun memang diorang ni orang kota sejak dari azali lagi. Turun temurun dok kat bandar. Sekali lagi masa memainkan peranan.

Dan penerbitan iklan yang menunjukkan macamana seorang anak dah siapkan rumah mak bapak dia kat bandar secara sinisnya menunjukkan ada insan yang lebih gemar beraya di bandar (kot). Tapi rasanya dia nak balas jasa mak bapak dia lalu dia buatkanlah sebiji rumah sebelah rumah dia. Senang dia nak tengok-tengokkan mak bapak dia hiburkan hati mereka.

Sekalipun masa itu berubah, satu perkara masih belum berubah. Semangat raya itu sendiri. Masih lagi bersolat sunat hari raya berjemaah dan mendengar khutbah. Masih lagi berbaju Melayu bersamping berbaju Kurung Kebaya dan sebagainya. Masih lagi kuih bahulu, samprit, batang buruk, lemang, ketupat, rendang, lodeh dan sebagainya. Masih lagi kunjung-mengunjungi ziarah menziarahi dari rumah ke rumah. Macam famili yang pergi bercuti tadi. Diorang sediakan jugak makanan tradisi hari raya apa, masih lagi diorang bermaaf-maafan di pagi raya. Cuma tak tau la kot diorang jumpa mercun ke bunga api ke kat sana. Meriam buluh jauh sekali. ahaks.

Dan semangat ini harus terus kekal dalam diri kita tak kira la tahun depan ke 10 tahun lagi ke 50 tahun lagi ke and so on. Sebab itulah hari raya. Hari meraikan kemenangan melawan godaan hawa nafsu. Hari kita berkongsi kegembiraan itu dengan dunia. Jangan semangat itu terus hilang hanyut dibawa arus masa.

Mungkin caranya sedikit berbeza sekarang dan masa akan datang. Tapi jangan kita lupa makna Eidulfitri itu sendiri. Kembali kepada fitrah. Bersyukurlah kerana kita masih lagi berkesempatan menyempurnakan rukun Islam yang ketiga tu dan dapat meraikan hari kemenangan ini.

Masa tak pernah salah, dia dok macam tu je sampai bila-bila. Tapi kita yang selalunya terikut-ikut dengan peredarannya sehingga terlupa fitrah kita tadi.

Apapun acara balik kampung pasti terus menjadi trend. Tak kira la naik bas ke naik kereta ke naik motor ke naik flight ke, naik kapal dagang ke naik keretapi ke naik lori ayam ke. Sebab bak kata Azlina Aziz, "Indahnya beraya di desa". Lain ooo suasana dia. Makan ramai-ramai, main mercun ramai-ramai, tido ramai-ramai (bak cerita kawan aku, sampai ada anugerah sape dengkur paling kuat la), semuanya secara beramai-ramai. Best ooo.

Dan masih lagi merasa jammed yang sama. hahaha.

adios amigos asparagos

wassalam

Sunday, September 12, 2010

hujan? band indie tu ke?

salam empat syawal

Bangkit dari tidur lepas mandi solat siap-siap nak pergi kerja, tiba-tiba hujan. Lalu aku bukak tv layan la jap Zombie Kampung Pisang di Astro Ria. Syok-syok layan tiba-tiba gambar kejap ada kejap takde dan diakhiri dengan teks dalam kotak biru kat side atas skrin tv tu 'service currently not available'. Sigh~~ Apedehal layan la internet jap sementara tunggu hujan berhenti. Dok-dok layan tetiba teringat satu post blog yang dah lama dah aku tulis satu ketika dulu, dalam 2 tahun dah kot. Perihal hujan gak. Layankan la kejap boring-boring ni.
_____________________________________________

Hujan? ape kes ngan band indie tuh?

salam

Buat kesekian kalinya aku menaip di ruangan ini. Tak tau la kenapa aku cukup gila nak mem’blog’ sekarang ni. Mungkin kerana lahiriahnya aku ni seorang yang suka merepek kot. Sebelum tu, hahaha sori kepada para peminat band Hujan yang menyangkakan post ni ada kaitan dengan band yang korang dok puja tu. Korang kena tipu. Aku tak pernah jumpa diorang apatah lagi membeli album original diorang. Download ada la. So sukati korang la nak teruskan pembacaan atau tak.

Alkisahnya semalam aku baru nak bergerak balik dari satu hari yang meletihkan di tempat kerja. Hati yang terasa amat girang sekali disentap oleh bunyi guruh kat luar. Hujan la pulak. Aku menyungut sendiri. Tapi aku harus pulang secepat mungkin kerana bas kat area ni memang susah nak dapat. Jadi aku redah je hujan tu ke arah bus stop yang lebih kurang 200 meter dari tempat kerja aku. Dengan basah kuyup aku naik bas RapidKL menuju pula ke Stesen Rel Putra. Satu lagi benda tak best jadi. Disebabkan hujan jalan pulak jammed. Terlepas 2 tren yang sepatutnya salah satu aku dah naik. Aku menyungut lagi.

Aku dapat naik tren gak. Tapi lagi satu yang tak best berlaku bapak giler slow tren tu. Aku menyungut lagi. Sampai kat KL, keluar je dari stesen, pergh! selang selangkah aku jumpa orang jual payung. Banyak gak la yang terjual aku tengok, tapi aku tak beli pun. Apa barang laki pakai payung, takut hujan cam kambing. Hahaha.

Tu la rahmat hujan. dalam orang dok menyungut jalan jammed, nak dating tak bole, nak basuh kain tak bole, nak basuh keta tak bole, nak gi noreh tak bole, nak turun bendang tak bole, nak turun laut tak bole, jual air tak bole, senang cerita banyak menda la tak boleh buat kalau hari hujan. Tapi bagi penjual payung, memang masyuk. Hujan dilihat sebagai satu situasi di mana kadar jualan diorang boleh mencapai tahap tertinggi dengan keuntungan yang berlipat kali ganda. Tak payah promosi berat-berat, cukuplah dengan laungan “payung, payung!”, mesti ada orang nak beli punya. Dah memang rezeki diorang kat situ.

Selain tu hujan juga membolehkan tanah yang kering kontang kembali lembab. Cuba kalau kemarau manjang, boleh ke kita hidup dalam situasi macam tu. Gilir-gilir la kan kejap hujan kejap panas kejap mendung kejap cerah, semuanya memang lumrah alam semulajadi. Baru ar balance. Kalau jalan jammed ke tren lambat ke, bukan apa untuk keselamatan gak kan.

So bila hujan turun janganlah pula asyik nak merungut je (termasuk la aku) Kurangkan sikit ok la kot, berenti terus agak mustahil. Di samping para penjual payung tadi boleh lakukan jualan diorang, kita boleh beli payung diorang kalau takde payung, so amalan bantu-membantu terjadi kat situ daripada korang tercongok je tunggu hujan berenti. Yang tersekat kat rumah tak dapat pergi mana-mana pun mungkin dapat gunakan masa tu untuk bersama keluarga yang dewasa ini amat jarang kita luangkan bersama diorang. Kalau tak pun gi tido je hahaha. Dan ke’best‘an hujan ni membolehkan nama ni menaikkan band indie tadi, kalau tak korang mungkin kenal diorang dengan nama lain.

Mengimbau balik zaman sekolah aku, hujan la yang paling aku nanti-nantikan time aku bukak mata pepagi. Sebab kalau hujan aku tak payah pegi sekolah, hahaha. Sama la gak time kat universiti. Alasan kukuh mesti kena ada beb.

Dan oleh sebab aku berlari dalam hujan semalam, aku demam hari ni, so boleh cari MC hahaha, gile best kalo hari hujan.

adios amigos asparagos

wassalam
_____________________________________________

Dan sedar tak sedar dah nak berhenti pun hujan. Well, masa berubah tapi hujannya tetap sama. Masih lagi takkan berhenti merungut pasal hujan yang turun. Lumrah manusia la kan, apa nak buat. Tapi jadilah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, tingkatkan produktiviti pergi kerja la poit ahahaha. InsyaAllah kang bole sambung beraya lagi, raye sebulan wehh.

Sekali lagi takde kena mengena langsung dengan band Hujan tuh. Hahaha.

adios amigos asparagos

wassalam