masih di takuk yang sama masih ditakluk yang lama nak ditunggu sampai bila tak guna berjanji sahaja esok-esok selalulah lupa sangatlah berpura-pura cukup-cukuplah berdosa
malulah pada sang Pencipta
malulah pada alam semesta
harap sudah tiba masanya berubahlah dari yang biasa
tinggalkan'nya' jauh di sana cubalah menjadi manusia dunia ini hanya sementara jalan ini sukar diduga
tekadkan iman ingatlah Dia moga aku berjaya akhirnya
Teringat satu mukasurat bervisualkan kartun dalam majalah komik Rileks! beberapa (dah lama gile kot) tahun lepas. Menceritakan tentang keinginan manusia ni yang sukar untuk dipuaskan (ghasenye le), bak kata buku teks subjek Ekonomi Asas yang aku ambil time sekolah menengah dulu (statement sama aku jumpa dalam 5 tahun aku study kat menara gading (pergh, chantek sket bunyinya bukan))
Dalam satu mukasurat yang dipecahkan kepada 6 petak kartun tu, kisahnya bermula dari sebelah kiri; seorang budak sekolah berjalan ke sekolah bawak beg dengan muka selenga melangkahkan kakinya (malas gi sekolah la tu)
Tiba-tiba seorang budak dengan muka bangga menaiki basikal memintas budak sekolah tadi, lalu budak tadi terfikir (dalam bubble box) alangkah bestnya kalau dia dapat naik basikal gak sambil bersiul-siul riang.
Kisah diteruskan dengan si budak berbasikal tadi dipintas pula oleh seorang lelaki dengan motor kapcainya. Dan budak yang berbasikal tadi (dalam bubble box juga) terfikir alangkah bestnya kalau dia yang berada atas motor kapcai tadi. Boleh lenjan laju-laju.
Diteruskan pula dengan lelaki yang berkapcai tadi dipintas oleh seorang brader dengan motor beso dengan cc yang lebih beso dengan helmet full facetuu. Lalu lelaki tadi pula yang terfikir (dalam bubble boxnya juga), kan best kalau dia pun dapat menunggang motor beso dengan cc yang beso dengan helmet full face itu juga. Berdesup peginya bai.
Seterusnya, nasib brader bermotor beso tadi ala yang cc beso tu yang pakai full face tu pula tersangkut dalam hujan dan sebiji kereta memintas brader tadi. Terfikir pula brader tadi (pun dalam bubble box) bestnya la hai kalau dia dapat bawak kereta, takde la sangkut dalam hujan.
Endingnya, kereta tadi tersangkut dalam jamm. Budak sekolah yang first-first tadi pula yang pintas kereta tu. Drebar kereta tu pula yang terfikir (balik-balik dalam bubble box) lagi best kalau dia dapat jalan kaki (pegi sekolah gak kot, aku lupe aku lupe) takde la dia sangkut dalam jamm.
So nampak bukan, betapa keinginan manusia itu senantiasa berubah-ubah. Ianya takkan kekal sama dan sifatnya sukar untuk dipuaskan. Selain tu, rambut sama hitam hati lain-lain, different people has different views. Tapi pada akhirnya hidup ini ibarat roda, ia bermula dari bawah, akan sampai ke kemuncaknya dan pada akhirnya akan kembali ke bawah juga.
Sebenarnya, gua teringat balik kartun ni (gile ko lama tuu) pasal tadi gua pun sangkut dalam hujan gak, cuma motor gua takde la beso sangat cc pun tak beso, helmet Apollo je. Tapi satu hari nanti gua nak gak beli motor beso, tak pun terus angkat kereta. Gua nak bawak ke hulu hilirsampailah gua rasa bosan hahaha.
seketika melihatkan dia duduk di sana sedang berbicara terpesona sinar matanya bercahaya riak wajahnya tenang dirasa berdetik masa bila agaknya terjumpa semula mengharap dia terus ceria di mana saja setiap ketika
originally posted :: homesweethome 0010hrs 150211
((>)1500hrs - rabu - 090211 - kl monorail :: masih teringatkan dia walau seketika, aku turun satu stesen awal dari dia (kot))
cinta cinta cinta baru aku tau cinta tu memang gila bukan sahaja buta bukan sahaja monyet yang bercinta tapi cinta tu sendiri buatkan orang jadi gila betapa susahnya nak mencari cinta tapi bila dah dapat kadang-kadang sia-sia entah mengapa kadang-kadang kita lupa diri bila bercinta kita lupa janji-janji manis sewaktu bermula kita terasa tak puas dengan apa yang kita ada hingga seorang itu boleh merana hingga seorang itu boleh terseksa hingga seorang itu boleh menjadi gila kerana cinta dia merana kerana cinta dia terseksa kerana cinta dia gila yang membezakannya hanya masa jangan dibazirkan masa yang ada biarpun perit lepaskan saja jika terlambat buruk padahnya biarlah dia bahagia Allah mengetahui jodohnya siapa semoga dia ketemu yang setia yang terbaik yang berjaya biarlah aku yang dihina
originally posted:: 2017 hrs 010211 federal day homesweethome
"cinta itu ibarat kentut, nak dilepas malu, nak ditahan perit jika tersalah lepas merana, jika ditahan lama entahlah"
Minggu lepas aku telah menghabiskan 2 hari untuk meng'download' satu filem Indonesia (walaupun agak hangat dengan pertemuan Malaysia :: Indonesia di final Piala AFF Suzuki, eh? ada kena mengena ke?) hahaha. Satu filem tapi 2 part, bila dimuatturun ada 7 part setiap satu, bermakna ada 14 part kesemuanya (gile, baik gi beli DVD originalje). Dan aku habiskan sehari untuk nonton kedua-duanya walaupun tengah bertugas. Layan ooo hohoho.
Orait. Ia adalah kisah yang diangkat dari antara novel yang dikhabarkan terlaris di Indonesia, Malaysia bahkan seantero Asia Tenggara mungkin. Seperti yang diuar-uarkan, ia adalah novel pembangun jiwa, sekaligus menjadi filem pembangun jiwa juga. Kisah mengenai hidup, mengenai cinta, mengenai jodoh.
Ia kisah tentang bagaimana seseorang itu mencari cintanya yang sejati,kekasihnya yang halal, temannya sepanjang hayat. Mungkin bagi kita di sini, lebih senang untuk bercinta sejak di bangku sekolah, di perpustakaan universiti, di restoran sebelah opis. Tapi pernah terfikirkah kita yang jodoh kita tu mungkin kita tak pernah kenal pun. Dia mungkin hadir hanya sejenak tapi Wallahualam, dia mungkin teman sejati yang telah Sang Pencipta janjikan untuk kita.
Kita mungkin punya banyak pilihan di depan mata, tapi kuasa Tuhan menentukan. Mungkin dalam 10 pilihan yang terhidang, sentiasa saja ada penghalang untuk mendapatkan 9 yang awal, tapi satu yang terakhir insyaAllah telah Dia janjikan untuk kita, seperti yang telah tertulis di Loh Mahfuz.
Bukan nak berkata, kita tak payah susah-susah nak cari. InsyaAllah kita akan bertemu juga dengan yang satu tadi. Tapi jika kita tak mencari, kita takkan tahu adakah dia sudah hadir dalam hidup kita, adakah dia benar-benar terbaik untuk kita, adakah kita sudah siap untuk ke daerah yang satu lagi.
Inilah antara beberapa kesimpulan yang aku buat berdasarkan filem tersebut. Kalau salah tolong tunjukkan, saya budak masih belajar. Sekali lagi, ia bukan hanya berkisar tentang cinta kita terhadap bakal kekasih halal kita, tapi cinta kita kepada keluarga, cinta kita kepada kawan-kawan, cinta kita kepada asal-usul kita, cinta kita kepada ilmu dan paling penting cinta kita kepadaNya juga Junjungan Mulia.
Opp terlupa, tajuk filemnya Ketika Cinta Bertasbih dan Ketika Cinta Bertasbih 2. Sama je dengan tajuk novelnya. Karya novelis Habiburrahman El-Shirazy. Bagus ceritanya. Silalah cari novelnya ka filemnya ka, belilah DVD yang original (eheh) takpun tunggu lakot-kot ada produksi yang sudi bawak masuk tayang kat panggung sini nanti, insyaAllah.
Bila dah tengok, harap dapat contohi perwatakan pemain utama filem tersebut yang sentiasa sabar, tekun, tawakkal, redha dan ikhlas dalam setiap yang dia lakukan, setiap yang menimpa dirinya tanpa pernah berpaling sedikit pun dari ketentuan Ilahi. Susah ooo nak carik orang camtu dalam realiti hidup sekarang ni. Ingatan untuk aku gak ni.
Dan jangan pernah meragui nasib diri, sentiasa yakin akan ketentuanNya, kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. InsyaAllah.